CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 6, 2011

If you're an only child..

Hidup kamu pasti bosan.
Lagipun, kamu tak ada kakak macam Kak Nani saya, haha *gelak jahat*.


Late delivery!! Kerana connection yang slow dan masa yang sedikit, maka kad ini lambat hampir sehari! Huh!!

Tapi siap jugak, yay XD! Happy belated birthday to best sister in the world! Tak tipu, memang the best. Kamu tak mau percaya, suka hati kamu.

To Kak Nani, jajang XD!!!


nghee ^^ XD

Saturday, October 15, 2011

UNDER CONSTRUCTION

This blog is officially under construction.
Will be back in a few days =.=

Tuesday, August 9, 2011

I like you. A lot.


Nana nak bercerita tentang salah seorang student Nana. He is one of the very few yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Masa Public Speaking tadi, speech dia buat Nana rasa agak sedih. 

"My name is  ____. I am from Thailand. I love Thailand. I love Bangkok. I hate Malay. I hate Malay people. I hate Malay students. They treat us, Thai students badly. When the Malay students lost their things, we will be punished under the sun. But when we lost our things, no one listen to us. I hate Malay students. I want to go back to Bangkok but my parents ask me to stay here."

Apa yang terlintas di fikiran Nana, pasti dia rasa sangat dianaktirikan. Sedihnya Nana kalau jadi dia. Pergi belajar di negara orang, dah rasa sakit hati setiap hari. Entah lah. Nana takmau komen la macam mana sebenarnya layanan terhadap pelajar-pelajar asing ni. Nana baru saja mula kerja, tak berani nak cakap banyak. Banyak lagi yang Nana tak tau.

"I am a Malay too," Nana kata bila dia habis berucap.

Dia diam sekejap, sebelum dia balas.

"I like you, Teacher. A lot. I'm sorry if you're angry with my speech,"

 And he smiles, buat Nana rasa lega sangat-sangat.

headphone : f(x)'s Hot Summer

Sunday, July 10, 2011

Perempuan Jual Mahal

Adalah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu yang bersifat kaki menyibuk [SILA JANGAN SALAH FAHAM, Nana bukan menuduh masyarakat Melayu ni suka menyibuk, sebaliknya Nana sedang bercakap tentang orang Melayu yang suka menyibuk. Siapa-siapalah kan, asalkan mereka suka menyibuk], gemar benar berkata buruk perihal orang lain tanpa disedari. Ataupun mereka menyedarinya tapi berpura-pura tak sedar.

"Eh, cikgu Sejarah tu dah umur 32, tak kahwin-kahwin lagi tau!"

"Muka cantik, tapi tak laku, kesian."

"Mesti jual mahal tu."

Ha tudia, ayat yang dinanti-nantikan. Oh, perempuan umur 30, tak kawin je terus dituduh jual mahal? Kamu semua cakap macamla tau sangat kan isi hati orang. Fitnah itu dosa, ok. Jadi jangan sesuka hati meletakkan reason sendiri.

Semua perkara yang berlaku mestila ada banyak sebab. Walaupun Nana pun tak faham sangat la isi hati orang ni, antara alasan-alasan yang Nana boleh fikir adalah :

1. Tuan punya badan masih belum bertemu jodoh.
2. Tuan punya badan adalah wanita berkerjaya yang sibuk, maka tak ada masa untuk cari pasangan.
3. Oleh kerana dia berkerjaya, maka gajinya tinggi, lalu lelaki semua takut mau meminang.
4. Memang dia memilih untuk hidup menyendiri, jadi buat apa kamu dengki dengan dia?

Mungkin ada banyak lagi sebab-sebab wujud, tapi Nana malas nak memerah otak memikirkannya. Apapun, apa yang si dia lakukan, dia tak ada buat dosa. Tapi bila orang kiri kanan dok buat assumption sendiri memburuk-burukkan orang, tu semua ahli neraka. Maka Nana menyeru kepada para blogger agar berpuasa daripada tuduh-menuduh dan gossiping ala-ala suri rumah bosan tahap bapak yang tak ada kerja setelah balik dari pasar beli sayur lalu bergayut di pagar jiran bercerita perihal satu kejiranan. Pembaziran air liur juga dapat dielakkan.

Tentang perempuan jual murah pulak, Nana pun tak tau sebenarnya macam mana perempuan-perempuan ni. Tapi, tak salah nak jadi friendly. Orang pun senang dengan kita. Cuma jangan sampai senang diheret ke sana ke mari sudahlah. Bukan takut orang kutuk, tapi sebab memang berdosa keluar dengan lelaki bukan mahram [jangan la siapa-siapa nak betulkan penggunaan 'mahram' dan muhrim' dalam ayat ini] berdua-duaan, tak ditemani sesiapa ni. Ops, lupa. Bertemankan syaitan.

Kalau orang kata kamu kolot sebab tak keluar dengan lelaki-lelaki bukan mahram ni dan menuduh kamu jual mahal, jangan risau. Kamu cuma takut dibakar api neraka saja, kan? Semoga kamu dilindungi Allah SWT :)

mood : letih
headphone : BEAST's On Rainy Days

p/s : Oh tidak, ini bukan pengalaman Nana. Saya berumur 23 tahun, hehe.

Teacher Nana

Sejak kebelakangan ni Nana sangat sibuk sampai nak buat apa pun tak sempat. Betul, tak tipu :(

Nak update blog, memang mimpi di siang hari lah.

Tapi nak bagitau jugak. Nana dah grad dari UIA 25 Julai yang lepas, amin :)

Dan Nana jugak dah dapat kerja, alhamdulillah.

Macam kakak kesayangan Nana, Nana jugak seorang guru Bahasa Inggeris ^^!

Nana mengajar di Insan Smart School, an international school kat Kedah. I'm teaching the international students, dan budak-budak Form 4 jugak ^^

mood : happy
headphone : BEAST's The Fact

Sunday, March 6, 2011

Zynga Games



Makin rajin pulak Nana update blog ._.

Hari ni Nana nak bercakap tentang salah satu kegemaran Nana, iaitu Zynga Games! Antara perkara terbaik when it comes to Facebook is Zynga Games, keke.

Tapi Nana tak la main sampai semua game tu. Ada dua saja yang Nana memang akan main hari-hari; CityVille dan Baking Life. Sampai ke tahap check jam la nak tengok tanaman dah berbuah ke belum, kek dah siap ke belum~ lol. Bangun pagi, mesti kutip tanaman dulu, baru iron baju nak pergi kelas XD


Mood : Happy
Headphone : Love Light by CNBLUE

Underrated



Hari ni Nana nak cakap pasal KPOP. Kalau ada yang tak suka, tak apa lah. Nana nak cakap jugak XD

Ada seketul group yang Nana sangat suka. [Apa? Seketul?]




Second next to SHINee, Nana memang sangat suka INFINITE. Tapi kumpulan kesukaan Nana ni underrated di Korea sana. Nana perhati-perhati, tak faham jugak kenapa mereka ni tak popular.

Nak kata muka tak hensem? Macam la semua penyanyi Korea tu handsome.
Nak kata lagu tak best? Tipu.
Nak kata menari tak best macam blablabla ? Tipu. They are even better. Terlampau amat synchronize. [Dah terlampau, amat pulak. Eh?].
Nak kata tak reti English? Macam la semua artis kat sana pandai.
Nak kata tak boleh nyanyi live? Tipu jugak. They are one of the best.
Nak kata nama group tak commercial? Hmm.. ~ Entah. Tapi banyak lagi group yang nama tak best. XD [nak menang jugak XD]



Ini sangat random. Kamu semua tak perlu bagi perhatian pun XD. Saja Nana nak tulis kat blog. Sebab tadi kat FB ada orang meroyan bila Nana suarakan pendapat Nana. [Kenapa makin banyak orang suka meroyan walaupun mereka tak melahirkan anak?]


Mood : Lalala ~
Headphone : Going Crazy by Song Jieun