Tadi Nana jalan-jalan melawat blog-blog, lompat sana sini terjumpa la seketul blog yang penulisnya obviously sakit jiwa. Para pembacanya pula, ada yang waras tapi rata-ratanya turut sakit jiwa akibat penangan Encik Maher Zain.
Katanya dia tak suka la wanita2 di Malaysia ni buat penyakit 'fangirl' dengan Encik Maher. Menutup periuk nasik artis nasyid lain. Pura2 mengkagumi rupa paras Encik Maher, tapi cover dengan nama Allah seperti 'Ya Allah, kacaknya dia ni,'. Haih, tak paham.
Daripada dia guna perkataan2 seperti fangirls yang tak kenal Tuhan, contoh "Gosh I wish he f*** me!!" haa.. tak ke aniaya tu? I am a fangirl [ha, kan dah ngaku?], I am so head over heels for pretty boys in K-POP. Encountered lots of fangirls yang bila dorang fangirling mesti Lembaga Penapisan Negara pun terkejut beruk dengar perkataan-perkataan yang digunakan.
Biar la orang puji ciptaan Allah dengan nama Allah pun, Nana tak nampak kat mana salahnya pun~..
Lepas tu, peminat2 Encik Maher yang bertudung dan menjerit-jerit di airport pulak terus dituduh sebagai pelajar UIA. Mindset apa ni? Pelajar universiti lain macam la tak pakai tudung.
"Yang menggedik tu semua mesti budak UIA. Dah la universiti Islam,"
Kalau ya pun, kenapa? Apa yang cuba anda sampaikan ni sebenarnya? Masuk UIA, belajar agama, tak boleh gedik? Orang lain semua kena masuk UIA dulu kah baru boleh belajar agama? Sekolah kamu semua dulu kepupusan ustaz dan ustazah? Tak pernah belajar pendidikan Islam? Sebab tu kamu gunakan universiti kamu yang tak ber'base' kan Islam sebagai alasan kamu boleh menggedik?
Tuduhan kamu tu sama la dengan ayat ni : "Tak apa budak-budak lain nak menggedik, dorang bukan dari UIA,"
Pelik sangat ni. Otak tersimpul mati ke apa ni?
Apa-apa pun, kalau ada yang baik, kita ambil. Yang buruk kita tolak. Bukan nampak peminat menjerit-jerit panggil Maher Zain, terus tuduh Maher Zain yang bukan2; berpura-pura alim la, popular sebab muka handsome la, berselindung di sebalik imej Islam untuk dapat duit la. Kalau intention dia bukan macam tu (siapa tau kan? bukannya kamu boleh baca hati dia), kan dah berdosa tuduh orang? Dia bukan kenal kita pun. Sanggup dapat dosa untuk orang yang langsung tak tau kita ni wujud?
Memang otak tersimpul mati sampai bila pun tak boleh leraikan lagi.
-------------------
Pandangan Nana yang tidak emo :
Nana suka Maher Zain. Nana tak rasa dia kacak (pandangan mata Nana la) tapi sangat sedap mata memandang. Dia tak pakai yang bukan2, rambut pun kemas. Imej dia okay. Suka lagu-lagu dia jugak. Kalau tak suka, tak payah la tengok dia. Nana pun tak tengok artis yang Nana tak suka. Senang kan? Jauhi sakit hati, sakit jiwa, dan dosa.
Showing posts with label Maher Zain. Show all posts
Showing posts with label Maher Zain. Show all posts
Friday, November 26, 2010
Tuesday, October 26, 2010
One Million Fans
Rasanya Hongki [Hongki adalah nama speaker pink comel kesayangan Nana] dah tersedak dan terbatuk-batuk akibat terkejut, terpana dan terkesima kerana secara tiba-tiba dalam masa beberapa tahun ini, telah melantunkan lagu BUKAN korea dan jepun secara berulang kali, entah bila nak berhenti Nana pun tak tahu.
Reaksi room mate Nana?
*terkebil-kebil* Nana, betul ke ape yang kite dengar ni? Mane lagu SHINee?
Lagu SHINee ada, tapi sekarang dalam mood nak dengar lagu Encik Maher Zain.
Oh, tahniah kepada En. Maher Zain kerana menjadi penyanyi Muslim pertama yang bilangan peminat di FBnya mencecah tujuh angka. He deserves it :) Dia sangat fresh dan berbeza. Suka. ^^ Nana approve! [suka hati tiba2 nak approve Encik Maher Zain XD]
Terima kasih kepada Kak Nani yang telah meng'introduce' Encik Maher Zain kepada Nana ^^!
Mood : - Headphone : - Barakallahu Lakuma by Maher Zain
Subscribe to:
Posts (Atom)

