CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 29, 2010

Boyfriend dan Duit

"Mana Samad ni?" mulut Milah mengomel-omel, jari-jemari menggenggam telefon bimbit. Muka masam mencuka, tertunggu-tunggu SMS dari teman lelaki tersayang.

"Dia busy kot.." kata Nana.

"Busy apa, cuti hari ni!" Milah marah-marah lagi.

"Dia solat kot," kata Nana lagi.

"Hmmh! Hari tu kata nak bagi duit!"

"Buat apa dia nak bagi duit?"

"Ha la, dah kata nak beli baju sedondon! Ni orang tanya, tak balaih pulak!" marah sungguh Milah nampaknya.

"Awat tak beli sendiri?" Nana tanya lagi, pura-pura berminat dengan topik bosan tu.

"Dah dia kata nak bagi duit, baik aku simpan duit aku pi beli kasuit [perkataan sebenar adalah 'kasut']" kata Milah sambil tergelak-gelak.

"Baguih Samad bagi duit gaji kat hang," sampuk Si Eton.

"Besa la," wajah Milah beriak bangga.

"Nanti nak kawen ajak la kami," usik Eton lagi.

"Huih, tak mau aku kawen dengan Mad tuh!" terus Milah membidas.

"Awat tak mau kawen dengan dia?" tanya Nana.

"Lama lagi aku nak hidup. Depan-depan ni kot la jumpa laki lain yang lagi senonoh," jawab Milah.

Nana malas nak komen so Nana buat tak tau saja. Mulut Milah masih mengomel-omel. Nak beli produk krim pencerah muka. Duit tak ada, nak mintak dengan Samad. Nak beli tiket balik kampung pun tak ada duit jugak, nak tunggu Samad offer balik raya sekali.

Lama jugak lah dia berkira-kira nak mintak itu dan ini dengan Si Samad.

"Lembab sungguh balaih ni!! Eee, cari laki lain baghu tau!" Milah terus marah-marah. Mata terjegil pulak tu. Takut Nana.. XD

"Nak balik kampung, nak beli krim pencerah muka, nak beli sabun mandi, semua mintak duit Samad. Tapi bila dia tak ada, dok cakap buruk-buruk, kata tak mau kawin dengan dia. Pernah tak sekali pun terfikir yang Samad pun mungkin buat perkara yang sama?"

Ya lah, dah bising sangat, Nana pun menyampuk la. Dia tak balas. Nana pun sambung lagi.

"Tak mau la kawen dengan Milah ni. Kulit hitam. Baik cari awek lain yang putih sikit," Nana kata, konon-konon ayat tu dari Samad la. Riak muka Milah pun berubah.

"Kalau tak mau kawin dengan dia, buat apa couple, mintak duit sana sini. Kalau Samad tu baik, tak apa. Kalau dia jahat, macam kes-kes cemburu kat paper tu, tak ke bahaya nyawa awak?"

Betul la, kan sekarang banyak kes bunuh/rogol/culik berkaitan cinta sepuluh segi ni?

48 jam jugak la dia tak bercakap dengan Nana.

Tapi sekarang dah okay.

Dia masih guna duit Samad. Tapi dah tak ugut nak cari boyfriend lain lagi.

~

** Milah, Samad dan Eton, bukan nama sebenar. Nana je nama sebenar XD

Mood : -
Headphone : Love Love Love byty FTI

Mula

Nana patut mula mengisi blog ni.
Dulu Nana boleh dikatakan aktif berblogging.
Entah kenapa sekarang malas betul~
Nana patut mencontohi Kak Nani .____.

*mula berfikir apa yang patut di post*

mood : bosan
headphone : Love Love Love by FTI

Love x3

Ini adalah post yang sangat random.
Blog sangat kosong, jadi Nana rasa nak kongsi video.



Selepas sebulan, buat kali pertama Nana stop dengar Lucifer adalah sebaik sahaja lagu 'Love Love Love' di'release'. Lagu sangat sedap, music sangat catchy, MV sangat menarik, suara vokalis tak mau komen lagi, sebab sudah terang lagi bersuluh, sangat best.

Kesimpulan.

Nana sangat suka.

Random, haha.

Tuesday, August 17, 2010

Random

SATU
Sedih tengok blog ni, tak update berapa lama dah ~~

DUA
Selamat berpuasa ^^

TIGA
Semalaman tak tidur semalam, buat assignment. Malangnya di'reject' pula. Ada jugak lecturer yang nak kena lempar masuk gaung ni XD.

EMPAT
Tadi kuiz arab, Nana merepek dari mula sampai habis. Mesti pening ustaz tengok paper Nana.

LIMA
Presentation EAP, rasanya macam comel.

ENAM
Dah lama tak baca blog Kak Nani. Harap maaf. Akan diusahakan mengejar segala yang patut!

TUJUH
Hari-hari Nana berbuka makan kacang panjang, hehe.

LAPAN
Rakan-rakan Nana di UIA semuanya tak sabar menanti ketibaan adik lelaki Nana dari Nilai. Sebab? Haha, tak payah sebut la.

SEMBILAN
Nana dah mula kerja part-time. Nanti bila-bila Nana kongsi gambar-gambar yang berkenaan :)

SEPULUH
Nak pergi kerja ni :) Nanti Nana update lagi ^^