CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 10, 2011

Perempuan Jual Mahal

Adalah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu yang bersifat kaki menyibuk [SILA JANGAN SALAH FAHAM, Nana bukan menuduh masyarakat Melayu ni suka menyibuk, sebaliknya Nana sedang bercakap tentang orang Melayu yang suka menyibuk. Siapa-siapalah kan, asalkan mereka suka menyibuk], gemar benar berkata buruk perihal orang lain tanpa disedari. Ataupun mereka menyedarinya tapi berpura-pura tak sedar.

"Eh, cikgu Sejarah tu dah umur 32, tak kahwin-kahwin lagi tau!"

"Muka cantik, tapi tak laku, kesian."

"Mesti jual mahal tu."

Ha tudia, ayat yang dinanti-nantikan. Oh, perempuan umur 30, tak kawin je terus dituduh jual mahal? Kamu semua cakap macamla tau sangat kan isi hati orang. Fitnah itu dosa, ok. Jadi jangan sesuka hati meletakkan reason sendiri.

Semua perkara yang berlaku mestila ada banyak sebab. Walaupun Nana pun tak faham sangat la isi hati orang ni, antara alasan-alasan yang Nana boleh fikir adalah :

1. Tuan punya badan masih belum bertemu jodoh.
2. Tuan punya badan adalah wanita berkerjaya yang sibuk, maka tak ada masa untuk cari pasangan.
3. Oleh kerana dia berkerjaya, maka gajinya tinggi, lalu lelaki semua takut mau meminang.
4. Memang dia memilih untuk hidup menyendiri, jadi buat apa kamu dengki dengan dia?

Mungkin ada banyak lagi sebab-sebab wujud, tapi Nana malas nak memerah otak memikirkannya. Apapun, apa yang si dia lakukan, dia tak ada buat dosa. Tapi bila orang kiri kanan dok buat assumption sendiri memburuk-burukkan orang, tu semua ahli neraka. Maka Nana menyeru kepada para blogger agar berpuasa daripada tuduh-menuduh dan gossiping ala-ala suri rumah bosan tahap bapak yang tak ada kerja setelah balik dari pasar beli sayur lalu bergayut di pagar jiran bercerita perihal satu kejiranan. Pembaziran air liur juga dapat dielakkan.

Tentang perempuan jual murah pulak, Nana pun tak tau sebenarnya macam mana perempuan-perempuan ni. Tapi, tak salah nak jadi friendly. Orang pun senang dengan kita. Cuma jangan sampai senang diheret ke sana ke mari sudahlah. Bukan takut orang kutuk, tapi sebab memang berdosa keluar dengan lelaki bukan mahram [jangan la siapa-siapa nak betulkan penggunaan 'mahram' dan muhrim' dalam ayat ini] berdua-duaan, tak ditemani sesiapa ni. Ops, lupa. Bertemankan syaitan.

Kalau orang kata kamu kolot sebab tak keluar dengan lelaki-lelaki bukan mahram ni dan menuduh kamu jual mahal, jangan risau. Kamu cuma takut dibakar api neraka saja, kan? Semoga kamu dilindungi Allah SWT :)

mood : letih
headphone : BEAST's On Rainy Days

p/s : Oh tidak, ini bukan pengalaman Nana. Saya berumur 23 tahun, hehe.

4 comments:

Nani Othman said...

eh hello, dia jual murah ka mahal ka apa you nak sakit hati? bukan dia jual &*^%$#@! you pun. bodoh sungguh tukang2 assume ni semua. annoying mcm nak mati esok. cukup ah tuduh2 ni semua.

lagi satu yg i tak tahan, org yg sibuk tanya bila org nak kawen. kawen tu ketentuan Allah kan? nanti bila Dia kata kita kawen, kita kawenlah. sibuk tanya perihal rahsia dan janji Allah, lepas tu mengamuk bila aku tanya 'bila kau nak mati?' macam aku tanya soalan yg rude.

jodoh tu janji Allah, mati pun janji Allah, practically soalan yg aku tanya sama level bongoknya dengan soalan mereka. nak emo mcm jacob black transform jadi serigala pulak. cis.

ok. komen emo mcm edward cullen. hahaha.

Nana Othman said...

haha, respond yg terbaik ni XD. paling best skali ayat : nak emo mcm jacob black transform jadi serigala pulak.

soalan "bila nak kawen" dan "bila nak mati" = daebak XD haha

Rizal Slaughterheart said...

kat opis sy ada makcik yg dah pergi umrah 14 kali tapi msh menyibuk dan menabur fitnah lagi... huhu bosan...

Nana Othman said...

@rizal : oh, mungkin dia p sana 14 kali bercuti je kot XD? sbb tu x ada kesedaran diri

Post a Comment