CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Faeryworks

Tahukah para bloggers skarang Nana dah ada online shop ._. ?

Online shop Nana tak la segah mana pun. Sangat mini, dan Nana bukak pun suka-suka saja.

Cerita bermula kerana Nana suka beli badge. Saya peminat KPOP maka badge saya semuanya bertemakan KPOP la. Oh, tapi tak la banyak sangat

Nana beli, dua saja XD.. sebab harga mereka mahal, dan kualiti gambar pun tak berapa bagus. Gambar pulak candid, tak mau la Nana beli badge Taemin ternganga XD! Nak yang senyum comel-comel.

Jadi Nana cari jalan untuk mendapatkan badge dengan kualiti yang lebih baik. Alhamdulillah, oleh sebab Nana tau guna photoshop, Nana mula design sendiri badge Nana ^^. Boleh guna gambar sendiri, tak perlu risau dapat badge Taemin ternganga lagi ^^.

Bila badge Nana siap, Nana share la kat Facebook. Semua orang suk

a la pulak, dan mintak tolong Nana design untuk mereka jugak. Ya la, semua orang pun melalui masalah yang sama. Badge kualiti tak best, gambar candid, mahal pulak. Kalau kat Times Square tu, badge berdiameter 3cm tu dah RM4 sebijik. Yang 5cm, dah RM5.90 / RM 6.90 sebijik. Dahsyat~ Oleh kerana badge Nana 'better' dari segala segi termasuk harga [cewah~ buat shameless advertisement pulak], kawan-kawan Nana pun nak jugak. So Nana mula amik tempahan secara kecil-kecilan, tapi dalam UIA saja. Kawan-kawan rapat ja pun.

Bila badges tu semua dah siap, Nana share lagi dekat Facebook. Hah, bertam

bah pulak manusia yang nak. Tapi semua duduk jauh, kat Johor pun ada. Macam mana ._. ?

Bukak la kedai, senang! XD..

Itulah sejarah penubuhan online shop Nana XD~

Online shop Nana yang baru sebulan jagung tu, semalam baru saja menamatkan batch yang pertama. Dah post barang-barang ke costumers, dah kira untung rugi jugak. Rasa happy ^^


Just in case ada peminat KPOP yang terbaca entri ni, jemputla ke Digi Faeryworks ^^! [nama kedai, kredit to Kak Nani tersayang ^^]. Badge Nana berkualiti baik, gambar cantik (tiada lagi gambar artis kesayangan anda ternganga atau terlopong atau tergaru), dan harga badge Nana so far adalah the cheapest in Malaysia ._. serius tak tipu. Boleh compare dengan online shop lain kalau tak percaya ^^. Kalau standard kat KL, badge 5cm kan, sebijik RM6. Kalau 3, dah RM18. Badge Nana 5.5cm, 3 bijik RM10 saja ^^ [ni tak habis promo lagi XD~ Buruk sungguh perangai..]

Kenapa murah? Sebab Nana tak kisah sangat untung-untung ni. Nana bukak online shop sebab Nana suka buat badge, tapi takkan la Nana sorang je nak badge-badge tu XD, nak pin kat mana banyak-banyak? Baik Nana buat untuk orang-orang yang nak, kan? Asalkan mereka bayar, hehe.

Jadi sebelum Nana mula cari untung dan naikkan harga, baik cepat-cepat datang beli XD!

Oh.. Nana baru sedar Nana dah mula sayang shop nana ^^

Ok nak pergi sambung study. Esok exam ._.

Mood : OK

Headphone : Maher Zain – Barakallah [lagi, yes.]

Friday, October 22, 2010

Kecewa.


Size & Weight :
>> Height - 22mm
>> Width - 22mm
>> Depth - 22mm
>> Weight - 18grams

Capacity :
>> Up to 32GB external microSD memory card, holding up to 8,000 songs in MP3 format

Battery And Power :
>> Build-in rechargeable Lithium Polymer battery
>> Play-time up to 6 hours continuous
>> Charging via an included USB cable
>> Full charge in 1 hourPlayback Format
>> MP3
>> MPEG 1 & 2 audio layer I, II & III
>> (CBR+VBR+ABR)MPEG Layer I (32-448kbps)
>> MPEG Layer II (32-384 k bps)
>> MPEG Layer III (32-320k bps)
>> WMA>> WMA 4.0/4.1/7/8/9 all profiles (5-384k bps)
>> MIDI
>> WAV
>> PCM / IMA ADPCM

Audio Performance :
>> DAC Resolution - 18 bits
>> THD+N - 0.02%
>> Dynamic Range - 100dB
>> SNR - 94dB
>> Inter Channel Isolation - 80dB
>> Inter Channel Gain - 0.1dB
>> Freq Response - 18Hz - 22kHzIn The Box :
>> theKube
>> USB Cable (for charging)
>> Earphones
>> Manual at box cover

Betul la amat comel kan >< ?? Nana betul2 nak~ Duit pun ada~ tapi Nana fikir lama sangat~ [oh, x smpai tiga jam pun ok~] Bila Nana placed order, katanya warna pink dah x ada lagi T____T .. Nana cari online shop lain. Pun dah x ada warna pink. Oh, orang lain kenapa x pilih warna lain T___T .. Sekarang Nana ada terfikir dua option saja. - Tunggu sesiapa cancel order pink kube dy and grab that one. - Order warna lain. Tapi yang pink tu betul comel >< ..

Mungkin biru pun okay jugak~
Huu..