CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Afsyakirin

Hari Jumaat lepas, Nana dan rakan-rakan kelas skill 'community service' berangkat ke Pusat Didikan Khas Gombak Setia. Untuk apa? Untuk 'serve the community', sebagai final assesment untuk kelas skill Nana ni.

** PDK KAMII Gombak Setia merupakan sebuah pusat pemulihan bagi kanak-kanak kurang upaya menjalankan program pemulihan berdasarkan masalah yang dihadapi, Terbuka kepada semua kaum dan agama yang melambangkan masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.

Sejujurnya, Nana sangat malas dan langsung tak bersemangat nak buat program ni. Sebab tengok tentative pun dah tak ada mood. Kena masak dari pukul 6 petang sampai 6 pagi, buat jualan amal. Nasi lemak dan 8 jenis kuih, pening Nana tengok. Nak buat meeting ibu bapa lagi. Nak jaga kanak-kanak hyper lagi. Bukan apa. Nana ni, budak yang normal pun tak pernah jaga. Nak jaga yang kurang normal, memang Nana tak ada keyakinan. Tapi nak tak nak, hari jumaat hari tu berangkat jugak.

Tipu la kalau kata tak penat kan. Angkat meja, angkat kawah, potong berguni-guni bawang, ubi, cili kering, lap daun pisang, panggang pulut dan macam-macam lagi. Selalunya buat program macam ni, standard la kalau tidur sejam dua jam je kan. Berniaga pulak tengah-tengah panas terik.

Tapi sebenarnya tak teruk macam yang Nana bayangkan pun. Orang-orang yang kerja kat PDK tu semua baik-baik. Nana pun happy :)

Pukul 10.30 pagi, buat pertandingan mewarna. Ni kali pertama Nana jumpa budak-budak kurang upaya ni. Ada beberapa orang yang lebih tua dari Nana, siap dengan misai semua, tapi panggil Nana kakak, siap salam cium tangan. They are mentally younger than their age. Ustazah kata tak apa mereka ni salam dengan kita, sebab tak mumaiyiz.

Salah seorang daripada mereka yang memang betul mesra dan yang paling lancar bercakap ialah Afsyakirin. Dia ni sangat la suka menyanyi. Masa Nana jual nasi lemak, dia nyanyi macam-macam lagu sambil teman Nana jaga gerai.

Masa Nana duduk sebelah dia dalam dewan tempat pertandingan mewarna tu diadakan, Afsyakirin ni tengok Nana sekejap. Lepas tu dia terus bangun dan melompat ke bilik sebelah. Afsyakirin ni ada kekurangan dari segi mental dan fizikal jugak, sebab kaki kanan dan tangan kanan dia tak berfungsi. Jadi dia bergerak dengan melompat menggunakan kaki kiri dia. Semua committee dah pesan, kalau nak apa cakap saja, nanti kami tolong ambilkan. Sebab kesian tengok dia melompat-lompat sebelah kaki macam tu.

Tiba-tiba Afsyakirin melompat ke dewan semula, tangan kiri dia pegang beberapa helai tisu. Dia duduk bersila sebelah Nana, kemudian gunakan tisu tu untuk lap peluh kat dahi Nana.

"Kesian kakak, peluh-peluh panas-panas ni,"

Sebak.

"Biar saya bukak kipas kuat-kuat untuk kakak." Afsyakirin kata lagi. Tapi Nana tahan dia.

"Tak apa, ni dah sejuk dah ni." kata Nana.

Lepas tu, programme manager kami ingatkan dia supaya bagitau je nanti nak ambik apa. Committee akan tolong ambilkan.

"Saya memang macam ni sejak dari kecik. Jangan la kakak-kakak semua kesian dengan saya." Afsyakirin balas, senyum.

Tapi Nana makin sebak.

"Terima kasih, sebab tolong ambik tisu ni." Nana kata.

"Sama-sama, Kak. Nanti Kakak nak apa-apa, bagitau la. Saya boleh tolong. Saya nak buat baik, nanti baru Allah bagi saya masuk syurga Dia."

Nasib baik Afsyakirin ambik banyak tisu. Sebab lepas tu dia tolong lap air mata Nana pulak.

"Kakak jangan sedih. Rugi je sedih-sedih ni. Biar saya nyanyi lagu 'Gadis Melayu' untuk kakak."

Memang la dia suka nyanyi.

24 jam kat sana, Nana belajar macam-macam. Nana nampak beza budak yang normal tapi sangat kurang ajar dengan budak kurang upaya tapi sangat baik hati. Sebab mereka tau mereka ada kekurangan, jadi sangat merendah diri.

Nana tau Allah SWT sayang budak-budak ni.

Kalau ada peluang, Nana nak pergi PDK tu lagi :)

Mood : Happy.
Headphone : SHINee's Stand By Me

Tuesday, January 18, 2011

And I'm not a terrorist.

cr : kitschchaos.com
[Fiction? Jahat sangat ni XD]



Favoritism ni sangat tak seronok.

Ada lecturer Nana yang mengamalkan sikap ni. Tak kira apa yang Nana [dan yang rakan-rakan jugak, tapi Nana nak cakap pasal diri Nana sebab ni blog Nana XD] buat dalam kelas, rasa macam pakai invisible cloak. Dia selalu puji kerja Nana, presentation Nana, dan macam-macam lagi [tak boleh bagitau kerja apa, nanti orang tau subjek apa yang Nana maksudkan, kena accused memburukkan lecturer pulak~].

Good job!

Very good!

I really like your works.

Bukan nak bongkak. Subjek ni, alhamdulillah memang kelebihan Nana. Jadi dia suruh buat apa pun, Nana buat sekejap pun dah siap. Setakat nak *censored censored censored!!* memang Nana dah buat sejak 10 tahun dulu. Nana tak boleh terima kalau Nana tak dapat A untuk subjek ni T___T

Tapi dia tak pernah ingat nama Nana :(

Yang dia ingat, A bukan nama sebenar. Lagi satu A bukan nama sebenar. Memang dia punya favourite la dua orang tu. Well, bukan la salah mereka dah lecturer tu suka mereka, kan~

Lain kali present, kena jerit nama kot?


MY NAME IS FARHINAA!
And I'm not a terrorist.



Haa.. kan dah terkeluaq tajuk XD?


Mood : Tak tau la

Headphone : Supa Luv by Teen Top

Thursday, November 11, 2010

Discourse Analysis

Tadi ada paper 'Discourse Analysis'.

Ada kawan Nana, tiba-tiba tak ada tempat duduk. Seat number dia 691. Tapi Nana tengok, selepas 690, terus 692, boleh x ._. ? Kesian dia tercari-cari. Invigilator pulak lawan tuding jari sana sini, last skali suruh dia pergi cari lecturer. Lecturer tu kerja tanda paper, bukan susun meja dan kerusi. Haru jugak la.

Walaupun akhirnya dia dapat tempat duduk, pasti dia rasa cemas dan gemuruh. Hari final exam tiada kerusi dan meja pulak. Karut betul.

Nak cerita lagi. Ada orang tumpang letak henfon dalam tempat barang di bawah meja Nana tadi. Dia takmau letak kat meja sendiri sbb senang nak pusing ambik kalau letak di meja Nana. Tak apa lah, Nana tak kisah pun. Tapi jadi masalah bila henfon dia tak off. Dalam examination hall ok? Kalau tak ada common sense pun, kan memang peraturan exam phone kena off?

Apa lagi. Sepanjang dua jam Nana jawab exam, bergegar-gegar la meja tu, diakibatkan oleh henfonnya yang ber'vibrate'.

Nasib baik mood tak buruk. Kalau tidak ada jugak henfon yang melayang.

Tak, tak Nana bukan kedekut tak bagi orang guna ruangan Nana tu. Cuma sila ikut peraturan dan off apa-apa sahaja yang patut. Nana tak ada masalah dengan tuan henfon.

Mood : Letih
Headphone : -

Friday, October 22, 2010

Kecewa.


Size & Weight :
>> Height - 22mm
>> Width - 22mm
>> Depth - 22mm
>> Weight - 18grams

Capacity :
>> Up to 32GB external microSD memory card, holding up to 8,000 songs in MP3 format

Battery And Power :
>> Build-in rechargeable Lithium Polymer battery
>> Play-time up to 6 hours continuous
>> Charging via an included USB cable
>> Full charge in 1 hourPlayback Format
>> MP3
>> MPEG 1 & 2 audio layer I, II & III
>> (CBR+VBR+ABR)MPEG Layer I (32-448kbps)
>> MPEG Layer II (32-384 k bps)
>> MPEG Layer III (32-320k bps)
>> WMA>> WMA 4.0/4.1/7/8/9 all profiles (5-384k bps)
>> MIDI
>> WAV
>> PCM / IMA ADPCM

Audio Performance :
>> DAC Resolution - 18 bits
>> THD+N - 0.02%
>> Dynamic Range - 100dB
>> SNR - 94dB
>> Inter Channel Isolation - 80dB
>> Inter Channel Gain - 0.1dB
>> Freq Response - 18Hz - 22kHzIn The Box :
>> theKube
>> USB Cable (for charging)
>> Earphones
>> Manual at box cover

Betul la amat comel kan >< ?? Nana betul2 nak~ Duit pun ada~ tapi Nana fikir lama sangat~ [oh, x smpai tiga jam pun ok~] Bila Nana placed order, katanya warna pink dah x ada lagi T____T .. Nana cari online shop lain. Pun dah x ada warna pink. Oh, orang lain kenapa x pilih warna lain T___T .. Sekarang Nana ada terfikir dua option saja. - Tunggu sesiapa cancel order pink kube dy and grab that one. - Order warna lain. Tapi yang pink tu betul comel >< ..

Mungkin biru pun okay jugak~
Huu..