CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 23, 2011

"Jangan cakap depan Nana,"

Kamu semua tahu apa itu Hallyu Wave? Definisi paling senang, gelombang KPOP. Patutnya kamu semua tau lah KPOP tu apa memandangkan penyakit KPOP memang dah menular ke Malaysia dengan agak tenat.

Bukti?
Tu.. concert DIGI tu, bawak artis-artis dari CUBE ent [G.NA, 4Minute & BEAST] ke dalam negara.

Bukti lagi?
Berapa ramai peminat berasa-asak dan berpijak-pijak berebut nak jumpa JYJ masa mereka datang Malaysia hari tu.

Bukti lagi?
Banyak dah lagu Korea kat radio era tu.

Bukti lagi?
Dalam tempoh seminggu, tiket konsert Super Junior SS3 yang akan berlangsung bulan depan dah dua kali naik harga [ke tiga kali?]. Currently RM486 per seat.

Bukti lagi?
Kat Astro dah ada KBS dan SBS.

Bukti lagi?
Puluhan kedai KPOP online muncul di FB, blog dan sebagainya, menjual album-album original, poster, badge, light stick, banner, malah t-shirt/necklace/ring yang dipakai oleh artis korea pun ada jual. Sampai ke tahap, ada notebook size 10cmx15cm, kecik dan nipis tapi cover ada muka SHINee, harga RM30 pun orang beli. Nana pandai, Nana tak beli. Haha.

Bukti lagi? Malas dah nak list.

Terus-terang, Nana pun suka jugak KPOP ni. Bukan suka main-main. Serious punya suka. Laptop dan external hard disk Nana tu memang nak meletup dah akibat lambakan video-video KPOP ni.

Hari tu, masa Nana tengah baca novel yang bosan bertajuk 'Henderson The Rain King' [bukan nak baca sangat pun. Terpaksa, sebab nak kena present] kat HS, terdengar la beberapa course mate Nana yang sedang bercakap-cakap tentang KPOP ni. Antara ayat-ayat yang Nana ingat ialah :

"Dia tu dok buat comel-comel macam Girls' Generation."

"Sikit-sikit 'annyeong'!"

"Tu yang aku geli dengan peminat Korea ni."

"Muka jambu pun dorang kata hensem."

Begitulah lebih kurang. Nana bukan nak condemn pandangan mereka ni. Dah saya suka tengok orang muka jambu, tak ada bagi masalah pada kamu pun kan. Nana nak focus kepada ayat mereka yang terakhir sebenarnya.

"Shh.. jangan bagi Nana dengar. Dia minat Korea."

Oh, janganlah begitu. Nana bukan minat membuta-tuli.

Nana memang suka sungguh-sungguh KPOP ni. Tambah-tambah SHINee dengan FT Island tu, memang forever punya favourite. Tapi bila mai bab buat-buat comey ala-ala SNSD / Girls' Generation ni, memang Nana tak boleh tolerate la.

Kalau muka kamu semua memang cun macam tu [tak kira la surgery ka apa ka] tak pa la jugak. Ni mai dok kembung-kembung pipi kalah ikan buntal, jegil habih biji mata macam nak terberanak, mulut muncung punya tajam macam ikan todak, apa kes?

Silap besaq la kalau kamu ingat kamu comel buat macam tu.

Bapak annoying.

Tak tahan lagi, dok buat cakap Korea pulak. "Ah, andwaeee!!" dengan gaya comel dan cemas ala-ala bengong, tangan terkibas-kibas, kaki melompat-lompat konon kanak-kanak ribena. Kalau ada di antara kamu yang buat perangai macam ni, sila jangan datang jumpa Nana. Nanti melekat jugak lima jari kat muka kamu.

Moral of the story, buat apa pun sila berpada-pada. Jangan over.


[nak jugak letak gambar SHINee]


Mood : La la la ~
Headphone : - Make it Happen [Namie Amuro feat. After School]

9 comments:

Luna said...

tak abes lagi dengar lagu namie amuro tu. haha!

Sonnet said...

salam nana.

dah lama tak datang jenguk blog nana. haha. gomen~!

kaklong pun tak berapa minat KPOP tapi kaklong tak de la mengutuk macam tu sekali. ramai students kaklong minat gile2 dgn KPOP. bila depa tanya kaklong, kaklong just say "oh, teacher tak berapa minat"

Kaklong tgk jugak v-klip SHINEE yang di recommend oleh Nana and Nani walaupun tak lah minat sangat2. hehe.

Orang2 yang kutuk benda yang mereka tak suka tapi pi buat jugak, itu tahap jahil tak bertempatlah. kaklong memang tak suka orang ambik gambar posing muncung mulut. macam itik. kuikui!

Trinisaurus said...

nana! im a big fan of snsd! huu

on a separate comment, kiter suke presentation henderson nana haritu! you r such a lovely presenter!

Nana Othman said...

@luna : wajib la.. keke
@kak long : salam kak long ^^. x pe, nana pun jarang sgt update blog >< banyak keje. well, nana x kisah pun dorang ni kutuk2 korea. banyak je orang yg tak puas hati when it comes to kpop ni.
@nining : my fav in snsd is hyoyeon. lol tiba2 XD. trouble trouble trouble *buat gaya nak panah orang* presentation henderson tu, nana serius sebenarnya sgt takut T_____T jantung macam nak pecah akibat terlalu takut ><! and thank u for liking my presentation ^^!

Anonymous said...

benci org yang tak korea tapi nak cakap korea pastu bunyi melayu! annoying gila. XD benci jugak org cakap jepun tapi tak bunyi jepun dan tak kena tempat, annoying gila jugak!

ha, meluat org ambik gmbar muncung2. mcm itik sakit jiwa. XD

Nana Othman said...

itik sakit jiwa?
hebat nya description XDDD

zarf_iera said...

sy minat kpop juge...tp,xde la addicted sgt. smpai snggup spend 4-5 rat nk beli knsert tiket suju. kalau beli tiket tu n siwon dtg pelok sy,tnpa ragu sy beli!hahaha..

ok,bkn nk ckp tu senanye.nk ckp mnde ni.

sgt menyampah bile sy tgh tgk cter korea n dgr lgu korea de org kutuk2.. i mean,ko dh x suke dah r. motif nk kutuk2??? mcm aku tgk cter tu pendekkan nyawa kau pon! *marah*

Nana Othman said...

@zarf : oh, yg tu mmg nana faham sangat. kawan2 nana pun mcm tu jugak. muka mcm pondan la, lagu x sedap la dan macam2 lagi la kan. mereka ni hidup x ada hala tuju. kerja banyak, assignment banyak, nak jugak spend times kutuk2 artis yang langsung x kenal mereka. kalau dah banyak sangat masa lapang, kan baik buat solat sunat ke, baca quran ke. drpd dok tambah dosa kutuk2 orang. apa la..

miss_ashUno said...

hey>_<...nice entry~!!
saya suka~!! hehe...situation kamu d'ats sma mcm sy..huhu...just 1 je yg sy bleyh ckp...abaikan mereka yg xpahm kita..nggee~~!! btw i'm done following ur blog, hope u done mind to be my follower...:D

Post a Comment