CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 26, 2011

Afsyakirin

Hari Jumaat lepas, Nana dan rakan-rakan kelas skill 'community service' berangkat ke Pusat Didikan Khas Gombak Setia. Untuk apa? Untuk 'serve the community', sebagai final assesment untuk kelas skill Nana ni.

** PDK KAMII Gombak Setia merupakan sebuah pusat pemulihan bagi kanak-kanak kurang upaya menjalankan program pemulihan berdasarkan masalah yang dihadapi, Terbuka kepada semua kaum dan agama yang melambangkan masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.

Sejujurnya, Nana sangat malas dan langsung tak bersemangat nak buat program ni. Sebab tengok tentative pun dah tak ada mood. Kena masak dari pukul 6 petang sampai 6 pagi, buat jualan amal. Nasi lemak dan 8 jenis kuih, pening Nana tengok. Nak buat meeting ibu bapa lagi. Nak jaga kanak-kanak hyper lagi. Bukan apa. Nana ni, budak yang normal pun tak pernah jaga. Nak jaga yang kurang normal, memang Nana tak ada keyakinan. Tapi nak tak nak, hari jumaat hari tu berangkat jugak.

Tipu la kalau kata tak penat kan. Angkat meja, angkat kawah, potong berguni-guni bawang, ubi, cili kering, lap daun pisang, panggang pulut dan macam-macam lagi. Selalunya buat program macam ni, standard la kalau tidur sejam dua jam je kan. Berniaga pulak tengah-tengah panas terik.

Tapi sebenarnya tak teruk macam yang Nana bayangkan pun. Orang-orang yang kerja kat PDK tu semua baik-baik. Nana pun happy :)

Pukul 10.30 pagi, buat pertandingan mewarna. Ni kali pertama Nana jumpa budak-budak kurang upaya ni. Ada beberapa orang yang lebih tua dari Nana, siap dengan misai semua, tapi panggil Nana kakak, siap salam cium tangan. They are mentally younger than their age. Ustazah kata tak apa mereka ni salam dengan kita, sebab tak mumaiyiz.

Salah seorang daripada mereka yang memang betul mesra dan yang paling lancar bercakap ialah Afsyakirin. Dia ni sangat la suka menyanyi. Masa Nana jual nasi lemak, dia nyanyi macam-macam lagu sambil teman Nana jaga gerai.

Masa Nana duduk sebelah dia dalam dewan tempat pertandingan mewarna tu diadakan, Afsyakirin ni tengok Nana sekejap. Lepas tu dia terus bangun dan melompat ke bilik sebelah. Afsyakirin ni ada kekurangan dari segi mental dan fizikal jugak, sebab kaki kanan dan tangan kanan dia tak berfungsi. Jadi dia bergerak dengan melompat menggunakan kaki kiri dia. Semua committee dah pesan, kalau nak apa cakap saja, nanti kami tolong ambilkan. Sebab kesian tengok dia melompat-lompat sebelah kaki macam tu.

Tiba-tiba Afsyakirin melompat ke dewan semula, tangan kiri dia pegang beberapa helai tisu. Dia duduk bersila sebelah Nana, kemudian gunakan tisu tu untuk lap peluh kat dahi Nana.

"Kesian kakak, peluh-peluh panas-panas ni,"

Sebak.

"Biar saya bukak kipas kuat-kuat untuk kakak." Afsyakirin kata lagi. Tapi Nana tahan dia.

"Tak apa, ni dah sejuk dah ni." kata Nana.

Lepas tu, programme manager kami ingatkan dia supaya bagitau je nanti nak ambik apa. Committee akan tolong ambilkan.

"Saya memang macam ni sejak dari kecik. Jangan la kakak-kakak semua kesian dengan saya." Afsyakirin balas, senyum.

Tapi Nana makin sebak.

"Terima kasih, sebab tolong ambik tisu ni." Nana kata.

"Sama-sama, Kak. Nanti Kakak nak apa-apa, bagitau la. Saya boleh tolong. Saya nak buat baik, nanti baru Allah bagi saya masuk syurga Dia."

Nasib baik Afsyakirin ambik banyak tisu. Sebab lepas tu dia tolong lap air mata Nana pulak.

"Kakak jangan sedih. Rugi je sedih-sedih ni. Biar saya nyanyi lagu 'Gadis Melayu' untuk kakak."

Memang la dia suka nyanyi.

24 jam kat sana, Nana belajar macam-macam. Nana nampak beza budak yang normal tapi sangat kurang ajar dengan budak kurang upaya tapi sangat baik hati. Sebab mereka tau mereka ada kekurangan, jadi sangat merendah diri.

Nana tau Allah SWT sayang budak-budak ni.

Kalau ada peluang, Nana nak pergi PDK tu lagi :)

Mood : Happy.
Headphone : SHINee's Stand By Me

8 comments:

Sonnet said...

salam nana

bestnya dapat pergi buat community service. dekat sekolah kaklong pun ada jugak tapi rumah orang tua. biasanya kami akan bawa budak2 ke sana setahun 2 kali dalam minggu aktiviti.

kaklong tak pernah pergi tapi masa kaklong sekolah rendah dulu, kaklong ada kawan yang cacat mental. yang bestnya, dia ingat lagi dekat kaklong. haha.

Nana Othman said...

salam, kaklong.
nana x penah try lg p rumah orang2 tua.
nanti nak p jugak la!

Anonymous said...

orang2 mcm afsyakirin ni...kita jangan hina depa dengan berasa kesian kat depa. sebab kita pun sama ja, penuh kekurangan. beza kita, kekurangan kita Allah sorok, kekurangan depa Allah tunjuk kat semua. dan depa survive walaupun kekurangan depa terpampang. kita ni tak layak pun nak kesian kat depa. sebab dari semua segi pun, depa jauh lebih tabah, jauh lebih hebat.

mentaliti kita perlu diubah. kita patut kesian kat diri sendiri dulu, kita lemah, sebab no matter how pun, memang kita takkan sanggup berada di tempat depa. sebab tu Allah tak bagi kekurangan mcm tu kat kita. Dia tau kita tak mampu. so kita lagi layak dikasihani oleh depa. dahlah kekurangan diri kita Allah yang tolong sorok dengan fizikal yang sempurna, Allah bagi pulak lagi rezeki dlm bentuk harta dan akal yang baik. depa? dah terang-terang hidup penuh ujian, bertahun-tahun bersabar dengan ujian Allah yang kita belum tentu boleh survive untuk sehari.

orang-orang yang kurang ajar tu tak sedar yang yang depa tu sangat hina sebenarnya. fizikal tuhan bagi perfect, akal tuhan bagi tak cukup, iman pun tak reti nak tambah sendiri. pft. lain kali kak nani jumpa org mcm ni, nak terajang lah.

Nana Othman said...

ni first time fina dengaq pandangan mcm ni.

dan fina sangat bersetuju :)

orang-orang yang kurang ajar tu tak sedar yang yang depa tu sangat hina sebenarnya. fizikal tuhan bagi perfect, akal tuhan bagi tak cukup, iman pun tak reti nak tambah sendiri. pft. lain kali kak nani jumpa org mcm ni, nak terajang lah. <-- ini sangat betul! ada la sorang budak kat kafe dlm uia ni, yg fina teringin la betoi nak bg penampaq~ sangat biadab. tadi dia cari pasai lagi. fina teringin sangat nak tgk dia tunjuk kebiadaban dia depan mak dia si owner kafe sbb fina nak maki mak dia skali.

haish.

Anonymous said...

teruknya. first time dengar pandangan yg sebegitu bernas sebegini?? tapi since anda bersetuju, ada terus masuk kategori bagus. haha.

speaking budak gila yang biadab itu, cepatlah cari masa utk memaki beliau dan ibunya skali. lain kali dia cari pasai, heret ja pi kat mak dia, lepas tu maki dgn suara yang kuat. pastikan semua org dlm radius satu kilometer berhenti buat apa2 dan melihat ke arah fina dan mangsa makian. barulah pencapaian yang layak dibanggakan.

hahahahahhahaha!

Anonymous said...

speaking of*

Nana Othman said...

betoi jugak kan? patutnya pi cakap ja dengan mak dia kan? nak cakap "mulai hari ni saya memang takkan masuk lagi dah kafe kakak ni, sbb saya benci sangat dengan anak kakak. dan kakak kena tau, saya bukan orang pertama yang buat macam ni. orang lain pun dah ramai yang tak mau mai sini sebab anak kakak ni biadab sangat!"

Anonymous said...

teruknya ayat2 yg disediakan. langsung tak mencerminkan akal yg waras.

patutnya 'eh kak, sebelum saya keipak anak akak ni, baik akak tutup cafe. saya tak pernah rasa loya tgk muka org seloya saya tgk muka anak akak. and since muka dia tumpah muka akak, saya loya tgk akak skrg. percayalah, bkn saya ja yg rasa mcm ni. ramai lagi org yg rasa benda yg sama. akak sedar tak yang akak tu tak reti jadi mak? heret perut 9 bulan beranak keluar *&^%$#@ buat apa? lain kali kalau tak reti bela, tak payah beranak. dah. bungkus semua skrg, dan sila blah.'

mcm tu.

Post a Comment