CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 9, 2010

1 Syawal

Dari awal pagi lagi dah terjerit-jerit dengan kakak kesayangan, dan adik si kembar cermin. Bukan apa, cuma perlu membersihkan halaman rumah saja. Tapi riuh rendah mengalahkan ayam bersabung. Semuanya lengkap bersenjata; skop, pencakar daun kering, berus cuci longkang dan sebuah kereta (sorong) kebal. Tambah satu lagi senapang gajah, dah boleh pi perang.

Sesudah berperang, kata Kak Nani selaku general cuci rumah bertauliah mengarahkan, setiap seorang perlu mandi selama 40 minit bagi menyahbau dan menyahpeluhkan diri masing-masing.

Kami sebagai kapten-kapten pengemas rumah yang setia bersetuju dengan beliau. Namun krisis air yang semakin menjadi-jadi menghalang kami dari menurut perintah General Nani seratus peratus. 40 minit seorang? Kosong la tangki!!

Satu lagi sesi jerit-menjerit berlaku akibat berebut bilik mandi. Bilik mandi ada empat okay? Tak faham buat apa mahu berebut. Belum masuk cerita berebut nak salam dan beraya dengan Mak lagi~

1 Syawal kali ni, sangat riuh.

Salam Aidilfitri!


Mood : Happy
Headphone : Lacie by Yuki Kajiura <-- Dia ini genius ok!

3 comments:

Anonymous said...

general nani - berus longkang, tunjuk sana tunjuk sini, maki2 sikit dengan bahasa sopan (ache: tudiaa, mcm mana tu??), gelak ketawa, suruh mandi, paling last mandi pagi tadi.

kapten nana - tolak kereta kebal, cakar-angkut rumput segala tuk nenek, tolak kereta kebal ke sana ke mari, tak mandi selepas perang.

kapten dikman - cakar-angkut segala rumput moyang tuk nenek, bertempik sana sini, menyebabkan mak turut bising, mungkin tak mandi juga selepas perang.


wei, kweh suci dalam debu tu sedap. XD XD XD XD

Jai said...

Selamat Hari raya Nana. Maaf Zahir n Batin... =)

Bayang said...

selamat hari raya kak ^__^

Post a Comment