CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 29, 2010

Boyfriend dan Duit

"Mana Samad ni?" mulut Milah mengomel-omel, jari-jemari menggenggam telefon bimbit. Muka masam mencuka, tertunggu-tunggu SMS dari teman lelaki tersayang.

"Dia busy kot.." kata Nana.

"Busy apa, cuti hari ni!" Milah marah-marah lagi.

"Dia solat kot," kata Nana lagi.

"Hmmh! Hari tu kata nak bagi duit!"

"Buat apa dia nak bagi duit?"

"Ha la, dah kata nak beli baju sedondon! Ni orang tanya, tak balaih pulak!" marah sungguh Milah nampaknya.

"Awat tak beli sendiri?" Nana tanya lagi, pura-pura berminat dengan topik bosan tu.

"Dah dia kata nak bagi duit, baik aku simpan duit aku pi beli kasuit [perkataan sebenar adalah 'kasut']" kata Milah sambil tergelak-gelak.

"Baguih Samad bagi duit gaji kat hang," sampuk Si Eton.

"Besa la," wajah Milah beriak bangga.

"Nanti nak kawen ajak la kami," usik Eton lagi.

"Huih, tak mau aku kawen dengan Mad tuh!" terus Milah membidas.

"Awat tak mau kawen dengan dia?" tanya Nana.

"Lama lagi aku nak hidup. Depan-depan ni kot la jumpa laki lain yang lagi senonoh," jawab Milah.

Nana malas nak komen so Nana buat tak tau saja. Mulut Milah masih mengomel-omel. Nak beli produk krim pencerah muka. Duit tak ada, nak mintak dengan Samad. Nak beli tiket balik kampung pun tak ada duit jugak, nak tunggu Samad offer balik raya sekali.

Lama jugak lah dia berkira-kira nak mintak itu dan ini dengan Si Samad.

"Lembab sungguh balaih ni!! Eee, cari laki lain baghu tau!" Milah terus marah-marah. Mata terjegil pulak tu. Takut Nana.. XD

"Nak balik kampung, nak beli krim pencerah muka, nak beli sabun mandi, semua mintak duit Samad. Tapi bila dia tak ada, dok cakap buruk-buruk, kata tak mau kawin dengan dia. Pernah tak sekali pun terfikir yang Samad pun mungkin buat perkara yang sama?"

Ya lah, dah bising sangat, Nana pun menyampuk la. Dia tak balas. Nana pun sambung lagi.

"Tak mau la kawen dengan Milah ni. Kulit hitam. Baik cari awek lain yang putih sikit," Nana kata, konon-konon ayat tu dari Samad la. Riak muka Milah pun berubah.

"Kalau tak mau kawin dengan dia, buat apa couple, mintak duit sana sini. Kalau Samad tu baik, tak apa. Kalau dia jahat, macam kes-kes cemburu kat paper tu, tak ke bahaya nyawa awak?"

Betul la, kan sekarang banyak kes bunuh/rogol/culik berkaitan cinta sepuluh segi ni?

48 jam jugak la dia tak bercakap dengan Nana.

Tapi sekarang dah okay.

Dia masih guna duit Samad. Tapi dah tak ugut nak cari boyfriend lain lagi.

~

** Milah, Samad dan Eton, bukan nama sebenar. Nana je nama sebenar XD

Mood : -
Headphone : Love Love Love byty FTI

14 comments:

Anonymous said...

atok ko la milah, buat naya laki mcm tu pulak. malu aku sbg ppuan, ada jugak manusia sebangsa aku yg buruk kelaku mcm ko. takde ego ke?

Nana Othman said...

ada, ada.
pening sy melayan cerita2 si milah setiap hari, kak nani.

Bayang said...

hahaha. rasanya dia kapel sebab duit kot. ada jugak yang aamir penah dengar kapel pasal laki tu ada social status, kerabat raja la, anak menteri la. lol at these people

Nana Othman said...

aamir-kun :
tu tak kira lg yang perasan dan bangga tak tentu hala.

"hari tu aku lalu depan rumah dy.. besaq kot.. kereta ada tiga,"

baru lalu ja, org x ajak masuk pun..

inna hayati said...

wah.sound direct macam tu memang hebat lah nana. memang patut org mcm tu di laserkan..:D

Nasiruddin bin Mohd Fazali said...

Adoi. Benci gila dengan orang macam tu. Kalau setakat nak duit ja, please. Sila berambus daripada pandangan mata. Hahaha! Lagipun, orang macam tu guna ja duit orang. Ingat bagus sangat perangai macam tu. Sama la kes bila masa dulu orang tu tak dak apa, pi tinggai. Pas tu dah tau orang tu ada kerja ada kereta apa semua, terhegeh-hegeh nak. Cam pa ja.

Bayang said...

hahaha. takat lalu ja lori sampah buat hari2 kot takdak belagak lagu tu

Nana Othman said...

kak inna : tu la.. nana bukan saja2 mau laser dy. tp dy x berhenti2 cakap benda tu.. dah malas dengaq.

ace : aku tau hang sangat paham keadaan ini. *pats* sabaq na.

aamir : haha, i like ur reply XD!

Naz said...

hish.... nk kaya2 cari laaa yg betul2 kaya buat kawen... ada ka pnaya duit org tu, dahtuh xmau kawen plak... haih..

Anonymous said...

laser gila aamir. lagi cepat dr kak nani pulak tu budak ni, haha. XD

lalu dpn rumah ada 3 bijik pun kecoh. i duk sini sorang2 banglo sebijik kereta dua na? takdak pun pi duk cerita kt org 'wei rumah aku ada 2 kereta' mcm pondan kot, rumah yg ada dua kereta, bukan kita. cheh.

Luna said...

isk isk isk *geleng kepala

Sonnet said...

dah lama x dgr orang cakap cam gini (cam Milah la). semua benda nak rembat duit bopren dia. lepas tu, kutuk2 kat blakang.

pompuan cam Milah tu giler kot. ingat Samad tu ATM machine ke, senang2 je ambik duit dari dia. satu lagi, yang ni pelik, kenapa dia tak nak kawen dgn Samad plak? laki tu yang selalu bagi duit, kawen je la! kan senang. hari2 dapat mintak duit!

mmg buruk kelaku la (tiru ayat nani, jgn marah ah nani :P)

Nana Othman said...

kak nani : aamir mmg lah begitu, haha.
naz : tau x pa. x paham la..
luna : *geleng jugak*
kak long : tu la pasai. baik kawen ja, kan hari2 dapat dwet ._. !

♥ bayataya ♥ said...

akak mcm taw je sape milah~
biarkan milah terjun dgn labu2 nya nana~
what goes around come around~
ntah2 samad pon main2kan milah~ =P

peace!

Post a Comment