CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 21, 2011

Kalendar 2012 Nana!

Sebelum Nana banjirkan post ini dengan gambar-gambar kalendar Nana, Nana nak cakap siap-siap dua fakta.

1. Nana suka KPOP.
2. Tiap-tiap tahun Nana beli kalendar KPOP dari Korea.

Barangsiapa yang ada rasa tidak suka, menyampah atau meluat dengan KPOP, kamu ada dua pilihan.

1. Lawat lah blog lain :)
2. KLIK SINI. Memang khas untuk kamu semua :)

Siapa yang suka, atau neutral, sila scroll ke bawah post yang cuma ada satu tujuan ni; menayang kalendar baru. Haha. Dua tahun berturut-turut order dengan SM Ent., beli kalendar SHINee. Tahun ni order dengan Woolim Ent. pulak, beli kalendar INFINITE.

Lepas order, tiga hari ja dah sampai Malaysia. Hebat oh ._. Semalam kakak kesayangan pi pickup kat office dia, maka hati Nana sangat berbunga-bunga. Makin mekar la pulak bunga-bunga terbabit bila dah bukak kotak tersebut.


Dalam kotak terbabit, ada beberapa item yang membuatkan kakak Nana berkata :
"Rugi oh sapa tak ada adik yang minat INFINITE!" Haha. 
Reaksi Nana pastilah sangat menarik, kan?

Ada kalendar berkualiti tinggi dengan gambar-gambar menarik hati.
Ada diari berkulit tebal dengan logo INFINITE di hadapan, dengan helaian-helaian berwarna serta gambar-gambar pengembang bunga di hati, penuh dari kulit depan sampai ke kulit belakang.
Ada satu beg dengan logo INIFITE lagi, khas untuk simpan diari terbabit.
Ada 8 keping kad foto, pastilah gambar-gambar pengembang bunga di hati.
Ada sekeping sticker.
Jugak ada sekeping poster yang gorgeous.
Hati Nana kini sebuah taman bunga yang amat besar setelah menganalisa semua barang-barang terbabit.


Diari penghias taman bunga di hati.






Poster pengarang jantung.




Kad foto penambah gula dalam senyuman.



Kalendar punca utama hati menjadi taman bunga.











Ini separuh saja. Malas nak ambil semua gambar.
Yang lain-lain pun sama, pengembang bunga di hati.
Jadi tamatlah post dengan niat menayang ini XD.

Sangan random =.= ..

Nanti Nana tulis lagi, ya.

Mood : -
Headphone : INFINITE's Paradise

3 comments:

QK said...

Heee~ Berubah angin dah..

Billa Hafizul said...

Kak Nana beli macam mane? Nak jugaak.

Nana Othman said...

@Q : skali skala, hehe
@billa : kak nana beli online. skang x tau la ade ke x lg~

Post a Comment