CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 10, 2010

Faeryworks

Tahukah para bloggers skarang Nana dah ada online shop ._. ?

Online shop Nana tak la segah mana pun. Sangat mini, dan Nana bukak pun suka-suka saja.

Cerita bermula kerana Nana suka beli badge. Saya peminat KPOP maka badge saya semuanya bertemakan KPOP la. Oh, tapi tak la banyak sangat

Nana beli, dua saja XD.. sebab harga mereka mahal, dan kualiti gambar pun tak berapa bagus. Gambar pulak candid, tak mau la Nana beli badge Taemin ternganga XD! Nak yang senyum comel-comel.

Jadi Nana cari jalan untuk mendapatkan badge dengan kualiti yang lebih baik. Alhamdulillah, oleh sebab Nana tau guna photoshop, Nana mula design sendiri badge Nana ^^. Boleh guna gambar sendiri, tak perlu risau dapat badge Taemin ternganga lagi ^^.

Bila badge Nana siap, Nana share la kat Facebook. Semua orang suk

a la pulak, dan mintak tolong Nana design untuk mereka jugak. Ya la, semua orang pun melalui masalah yang sama. Badge kualiti tak best, gambar candid, mahal pulak. Kalau kat Times Square tu, badge berdiameter 3cm tu dah RM4 sebijik. Yang 5cm, dah RM5.90 / RM 6.90 sebijik. Dahsyat~ Oleh kerana badge Nana 'better' dari segala segi termasuk harga [cewah~ buat shameless advertisement pulak], kawan-kawan Nana pun nak jugak. So Nana mula amik tempahan secara kecil-kecilan, tapi dalam UIA saja. Kawan-kawan rapat ja pun.

Bila badges tu semua dah siap, Nana share lagi dekat Facebook. Hah, bertam

bah pulak manusia yang nak. Tapi semua duduk jauh, kat Johor pun ada. Macam mana ._. ?

Bukak la kedai, senang! XD..

Itulah sejarah penubuhan online shop Nana XD~

Online shop Nana yang baru sebulan jagung tu, semalam baru saja menamatkan batch yang pertama. Dah post barang-barang ke costumers, dah kira untung rugi jugak. Rasa happy ^^


Just in case ada peminat KPOP yang terbaca entri ni, jemputla ke Digi Faeryworks ^^! [nama kedai, kredit to Kak Nani tersayang ^^]. Badge Nana berkualiti baik, gambar cantik (tiada lagi gambar artis kesayangan anda ternganga atau terlopong atau tergaru), dan harga badge Nana so far adalah the cheapest in Malaysia ._. serius tak tipu. Boleh compare dengan online shop lain kalau tak percaya ^^. Kalau standard kat KL, badge 5cm kan, sebijik RM6. Kalau 3, dah RM18. Badge Nana 5.5cm, 3 bijik RM10 saja ^^ [ni tak habis promo lagi XD~ Buruk sungguh perangai..]

Kenapa murah? Sebab Nana tak kisah sangat untung-untung ni. Nana bukak online shop sebab Nana suka buat badge, tapi takkan la Nana sorang je nak badge-badge tu XD, nak pin kat mana banyak-banyak? Baik Nana buat untuk orang-orang yang nak, kan? Asalkan mereka bayar, hehe.

Jadi sebelum Nana mula cari untung dan naikkan harga, baik cepat-cepat datang beli XD!

Oh.. Nana baru sedar Nana dah mula sayang shop nana ^^

Ok nak pergi sambung study. Esok exam ._.

Mood : OK

Headphone : Maher Zain – Barakallah [lagi, yes.]

4 comments:

Anonymous said...

wei kak nani nak yg haley pottey!!!!

nk beberapa yg theme buku. lotr ka...narnia ka..mesti kool gila. XD

i am potterphreaque.

haha. sapa kenai max j. potter nampak badge tu nnt mesti tegur punya..haha!

Nana Othman said...

oh boleh2 XD!! nanti fina balik kita design sama2 ^^!!

inna hayati said...

kak inna nak pin kim hyun joong. boleh kan?
:D

Nana Othman said...

kak inna : badge ss501 x available lagi ._. tp akan d usahakan :)

Post a Comment