Situasinya macam ni.
Ada seorang penyanyi yang sangat dikenali.
Cantik. Pandai menyanyi.
Satu hari, dia buat silap.
Tak berhati-hati, lalu terlepas cakap.
Peminat kecil hati, tak mau suka dia lagi.
Lalu dia bawak diri, tak mau menyanyi lagi.
Bekas-bekas peminat mula mencanang di facebook dan twitter.
"Saya tak suka si pulan lagi!"
"Dulu saya sangat suka dia!"
"Kecewa. Nak suka orang lain, lah!"
'Hipokrit, pi mati la!"
Predictable?
Memang la, nama pun manusia.
Memang suka letak segala update tentang diri sendiri sebagai status.
Atas tu, contoh saja.
Nana sebenarnya nak bercakap tentang sekumpulan manusia berintelek tinggi, kononnya lah. Mereka menganggap manusia-manusia yang emo nak mati hanya kerana artis-artis yang disukai ni, bengap belaka. Lalu mula mengapdet status diri sendiri di facebook, terang-terang menghentam peminat-peminat emo yang berkabung tak tentu pasal ni.
"ex-fans ni bodoh la,"
"ha ah. lagi bodoh dari antis,"
"bakat tetap bakat, tak kira apa yang dorang buat,"
"ex-fans, sila pergi mati!"
"emo nak mapuh! bukannya duit dorang habis pun kalau artis mengutuk,"
Dah tu? Duit anda semua berkurangkah bila bekas-bekas peminat ni berkabung dan emo tahap dewa naik langit tak mau turun lagi? Kamu semua pun sama emo macam mereka juga. Bezanya, mereka semua emo disebabkan manusia-manusia yang dikenali ramai. Kamu semua pula emo macam orang gila disebabkan bekas-bekas peminat yang tak ada pengenalan diri. Apa benda ni..
Jangan la cakap macam tak pernah tengok FB seumur hidup. Kalau tak suka, tak payah baca. Apa masalahnya?
Nana tak kata golongan pertama tu tak salah. Memang la perbuatan bodoh bila kita emo macam orang sakit bersalin hanya kerana penyanyi kesukaan yang langsung tak kenal kita. Tapi perkara yang Nana nak tekankan di sini ialah, tak payah kata orang kalau kita sendiri pun mempraktikkan kebodohan yang sama.
2 x 5.
Sama saja.
Perang status di facebook memang tak menarik bila melibatkan manusia-manusia emo. lagi baik Nana main Tresure Isle. XD
Mood : Happy
Headphone : Love Ya - SS501
7 comments:
gila boring status2 mcm tu. tu belum masuk status aku benci k-pop artist tu, aku meluat j-pop artist ni, aku tak suka rambut dr rozmey, aku benci kumpulan ni sbb nyanyi genre aku suka tak betul, gila ramai ah.
haha, salah sorg dah pun mendelete kanda drp fb list beliau. geli siot perangai mcm ni. k-pop pun tak layan, tiba2 nk emo, apa kes? at least yg kutuk ex-fans tu pun masih lagi layan k-pop, tau apa yg sedang dibincangkan. ni satu apa pun tatau tiba emo..buat menyemak news feed kanda saja.
wei serius - org sakit bersalin tu emo ka?
alamak, ada ka manusia begitu? apa pun tak tau, apa yang dia emo kan XD? mungkin dia d ambang menstrual tahap luar biasa XD??
pasai orang sakit bersalin tu.. dinda juga kurang pasti. main tulis saja. haha
serius, awat dr. rozmey pun depa nak kutuk XD!!!??
ha tu la. mcm bagus. dr rozmey tu kenai depa pun dak. satni dh kawen bini naik badan cari dr rozmey jugak. mcm s*al perangai.
ada pulak yg poyo duk kata dr rozmey mcm darai. ceh, baik drp depa tu, konon bukan darai berani mengumpat kt fb ja. berani pi la maki dpn dia. buduh. duit pun tadak ckp byk pulak.
haha, kurang2 dr rozmey tu jutawan. biaq la dy nak buat rmbut apa pun, bukan susut pun duit dy. yang tarak duit pulak sibuk cakap benda tak perlu!
This post is a bit funny, cuz technically, ur being emo about it too :P heh..
Post a Comment