CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 15, 2010

Bahasa Arab

Kesemua pelajar UIA wajib mengambil subjek 'Bahasa Arab', tak kira la course apa pun yang kita pilih. Pelbagai bantahan di sana sini, terutamanya dari pelajar-pelajar BENL [bachelor of english linguistics and literature]. Ada ustaz yang menggelar kami 'bani shakespeare'. Ingat lawak la tu..

Nana bukan nak bercakap tentang bani shakespeare, tapi tentang kepentingan belajar Bahasa Arab. Tanpa segan silu dimaklumkan, Nana adalah antara pelajar BENL yang sangat tak puas hati dengan peraturan ini satu ketika dahulu.

"major english, buat apa belajar bahasa arab sampai level 6? budak course lain sampai level 4 je. budak engine lagi la, smpai level 2 je kot?!"

Contoh fikiran keanak-anakkan Nana dulu.

Nak dijadikan cerita, Nana memang lemah dalam Bahasa Arab. Jangan kata A, nak dapat B pun merangkak-rangkak. Kalau lumba dengan kura-kura pun mesti dia yang menang.

Seminggu belajar Bahasa Arab, Nana telefon Mak. Menangis-nangis. Sebab tak reti. Sebab lemah. Sebab susah. Dan Nana bagi sepuluh alasan kenapa Nana TAK PERLU belajar Bahasa Arab kepada Mak. [Ya, Mak sangat penyabar kerana tidak menengking anaknya yang menangis kerana perkara yang langsung tak perlukan air mata, malah mencipta alasan-alasan bodoh untuk tidak belajar Bahasa Arab].

Mak kata, Bahasa Arab ni bahasa Al-Quran. Sebut satu huruf pun Allah SWT dah bagi pahala. Dah seminggu belajar, dah beratus-ratus pahala Nana dapat. Allah turunkan Al-Quran dalam Bahasa Arab. Pahala berlipat ganda untuk orang yang membaca Al-Quran dan faham isi kandungannya. Jadi jangan kata 'tak suka' kepada bahasa ni.

Nana sangat sedih bila terkenangkan yang Nana pernah anggap Bahasa Arab sebagai beban.

Sejak hari tu, Nana dah tak komplen lagi. Belajar saja. Satu level demi satu level. Sekarang Nana dah berada di level 5. Ada satu saja lagi :)

Semuanya memang tak mustahil kalau kita berusaha.

Jadi Nana sangat tak suka bila ada kenalan-kenalan Nana yang menyuarakan dengan megahnya betapa bencinya mereka dengan Bahasa Arab. Ayat itu bunyinya sangat jahat .___.

7 comments:

Anonymous said...

one more to go~!!!

ganbatte adikku! doaku selalu bersamamu!

and besides, tak perlu benci2. hating is just a confused way of liking. XD

Anonymous said...

There's a SEVEN WORDS challenge up my blog! Come play~!

Bayang said...

ada sorang kawan aamir la ni baru habih buat asasi law kat uia. dia pon dok mencarut jugak la kena pass arab level 2 mau nak sambung degree kat gombak. level 1 pon dah banyak kali dia repeat. level 2 pon sama. dia kata dia tak paham sebab pa dia kena belajaq arab walhal law students belajar semua dalam BI

bagi aamir, belajaq benda extra yang kita rasa takdak kaitan dengan kos kita adalah satu benda yang baguih dan buleh dikira bonus sebab at least kita akan jadi multi skill bukan dalam bidang kita saja. lagipon mana nak pi tau esok lusa nak kena pakai dalam real life ka. wallahualam ^__^

LangitHilang said...

my uztazah for subjek arab mase skola agame darjah 5 n 6 dlu mmg org arab btol2...dye x reti ckp melayu.kami terpinga2 dlm kelas..haha

Nana Othman said...

kak nani : terima kasih! hehe, yes i agree, hating is just a confused way of liking. XD. seven words challenge? sat nk p!

aamir : perkara biasa la tgk budak2 uia mencarut2 sebab tak suka belajar arab. nak tegur macam mana pun xtaw. mana la Allah nak tolong bg lulus kalau makian sentiasa kat mulut.

cherry : nana sekarang pun belajar dengan lecturer arab, huhu~

Munsyi said...

Orang Islam kena belajar bahasa Arab. Dpt byk pahala lg tu. Betul ckp your mum.

yup. Engine kna ambil smpai level dua je.thank God I exempted. =)

all the best sis.

Jai said...

i liiikkee... jai dulu pon xbrape nak suka bahasa arab. tapi ianya bahasa arab. bahasa rasmi Al-Quran. jadi kita kena belajar suka akan nya. dan sebagai senior, jai dah habis belajar arab 6 level. alhamdulillah. huhu... (tapi tetap lemah jugak! >.<)

Post a Comment