Satu perkara yang Nana paling benci sekali dalam dunia ni adalah 'menunggu'. Tak faham dengan manusia-manusia yang tak reti nak menepati masa ni. Jam kamu lingkup kah? Atau kamu buta nombor, tak tau dah pukul 7 maka kamu kena panjat tangga dan bukak kunci semua cluster yang ada kat bangunan ni?
Lupa nak buat sinopsis. Al-kisah Pak Guard lambat sejam nak bukak kunci.
Nana sampai pukul 7, seperti biasa la kan, pekerja cemerlang. Pukul 7.45 baru dia mai bukak kunci. I bawak beg laptop, segala buku-buku ada, mempelam sala lagi 4-5 biji mau kongsi dengan rakan-rakan, sampai office tingkat 4, memang I tak larat la nak turun bawah mintak kunci! I ingat lagi seminit dua dia mai la bukak kunci.
Dak aih, nak jugak tunggu sejam baru mai.
Bila dah mai, buat-buat terkejut pulak tengok I dok berdiri depan pintu.
"Uih, ingat semua cuti hari ni!"
'Semua cuti' nenek jiran awak, la. Tahun Baru Cina dua hari saja kan. Yang tak sambut nak cuti lama-lama buat apa.
"Selalu pukul 6 saya dah bukak dah!"
'Pukul 6' kucing rumah sebelah awak la, selalu I mai pukul 7 pun dok kunci lagi.
Mengaku salah saja kan senang? Buat apa nak tipu? Pukul 6, ingat I rabun ka hapa.
Headphone : Miss A's Goodbye Baby
Mood : Emo sebab sejam tuggu depan cluster
Tuesday, January 24, 2012
Wednesday, December 21, 2011
Kalendar 2012 Nana!
Sebelum Nana banjirkan post ini dengan gambar-gambar kalendar Nana, Nana nak cakap siap-siap dua fakta.
1. Nana suka KPOP.
2. Tiap-tiap tahun Nana beli kalendar KPOP dari Korea.
Barangsiapa yang ada rasa tidak suka, menyampah atau meluat dengan KPOP, kamu ada dua pilihan.
1. Lawat lah blog lain :)
2. KLIK SINI. Memang khas untuk kamu semua :)
Siapa yang suka, atau neutral, sila scroll ke bawah post yang cuma ada satu tujuan ni; menayang kalendar baru. Haha. Dua tahun berturut-turut order dengan SM Ent., beli kalendar SHINee. Tahun ni order dengan Woolim Ent. pulak, beli kalendar INFINITE.
Lepas order, tiga hari ja dah sampai Malaysia. Hebat oh ._. Semalam kakak kesayangan pi pickup kat office dia, maka hati Nana sangat berbunga-bunga. Makin mekar la pulak bunga-bunga terbabit bila dah bukak kotak tersebut.
Dalam kotak terbabit, ada beberapa item yang membuatkan kakak Nana berkata :
"Rugi oh sapa tak ada adik yang minat INFINITE!" Haha.
Reaksi Nana pastilah sangat menarik, kan?
Ada kalendar berkualiti tinggi dengan gambar-gambar menarik hati.
Ada diari berkulit tebal dengan logo INFINITE di hadapan, dengan helaian-helaian berwarna serta gambar-gambar pengembang bunga di hati, penuh dari kulit depan sampai ke kulit belakang.
Ada satu beg dengan logo INIFITE lagi, khas untuk simpan diari terbabit.
Ada 8 keping kad foto, pastilah gambar-gambar pengembang bunga di hati.
Ada sekeping sticker.
Jugak ada sekeping poster yang gorgeous.
Hati Nana kini sebuah taman bunga yang amat besar setelah menganalisa semua barang-barang terbabit.
Diari penghias taman bunga di hati.
Poster pengarang jantung.
Kad foto penambah gula dalam senyuman.
Kalendar punca utama hati menjadi taman bunga.
Ini separuh saja. Malas nak ambil semua gambar.
Yang lain-lain pun sama, pengembang bunga di hati.
Jadi tamatlah post dengan niat menayang ini XD.
Sangan random =.= ..
Nanti Nana tulis lagi, ya.
Mood : -
Headphone : INFINITE's Paradise
Sunday, November 6, 2011
If you're an only child..
Hidup kamu pasti bosan.
Lagipun, kamu tak ada kakak macam Kak Nani saya, haha *gelak jahat*.
Late delivery!! Kerana connection yang slow dan masa yang sedikit, maka kad ini lambat hampir sehari! Huh!!
Tapi siap jugak, yay XD! Happy belated birthday to best sister in the world! Tak tipu, memang the best. Kamu tak mau percaya, suka hati kamu.
To Kak Nani, jajang XD!!!

nghee ^^ XD
Saturday, October 15, 2011
Tuesday, August 9, 2011
I like you. A lot.
Nana nak bercerita tentang salah seorang student Nana. He is one of the very few yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Masa Public Speaking tadi, speech dia buat Nana rasa agak sedih.
"My name is ____. I am from Thailand. I love Thailand. I love Bangkok. I hate Malay. I hate Malay people. I hate Malay students. They treat us, Thai students badly. When the Malay students lost their things, we will be punished under the sun. But when we lost our things, no one listen to us. I hate Malay students. I want to go back to Bangkok but my parents ask me to stay here."
Apa yang terlintas di fikiran Nana, pasti dia rasa sangat dianaktirikan. Sedihnya Nana kalau jadi dia. Pergi belajar di negara orang, dah rasa sakit hati setiap hari. Entah lah. Nana takmau komen la macam mana sebenarnya layanan terhadap pelajar-pelajar asing ni. Nana baru saja mula kerja, tak berani nak cakap banyak. Banyak lagi yang Nana tak tau.
"I am a Malay too," Nana kata bila dia habis berucap.
Dia diam sekejap, sebelum dia balas.
"I like you, Teacher. A lot. I'm sorry if you're angry with my speech,"
And he smiles, buat Nana rasa lega sangat-sangat.
headphone : f(x)'s Hot Summer
Sunday, July 10, 2011
Perempuan Jual Mahal
Adalah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu yang bersifat kaki menyibuk [SILA JANGAN SALAH FAHAM, Nana bukan menuduh masyarakat Melayu ni suka menyibuk, sebaliknya Nana sedang bercakap tentang orang Melayu yang suka menyibuk. Siapa-siapalah kan, asalkan mereka suka menyibuk], gemar benar berkata buruk perihal orang lain tanpa disedari. Ataupun mereka menyedarinya tapi berpura-pura tak sedar.
"Eh, cikgu Sejarah tu dah umur 32, tak kahwin-kahwin lagi tau!"
"Muka cantik, tapi tak laku, kesian."
"Mesti jual mahal tu."
Ha tudia, ayat yang dinanti-nantikan. Oh, perempuan umur 30, tak kawin je terus dituduh jual mahal? Kamu semua cakap macamla tau sangat kan isi hati orang. Fitnah itu dosa, ok. Jadi jangan sesuka hati meletakkan reason sendiri.
Semua perkara yang berlaku mestila ada banyak sebab. Walaupun Nana pun tak faham sangat la isi hati orang ni, antara alasan-alasan yang Nana boleh fikir adalah :
1. Tuan punya badan masih belum bertemu jodoh.
2. Tuan punya badan adalah wanita berkerjaya yang sibuk, maka tak ada masa untuk cari pasangan.
3. Oleh kerana dia berkerjaya, maka gajinya tinggi, lalu lelaki semua takut mau meminang.
4. Memang dia memilih untuk hidup menyendiri, jadi buat apa kamu dengki dengan dia?
Mungkin ada banyak lagi sebab-sebab wujud, tapi Nana malas nak memerah otak memikirkannya. Apapun, apa yang si dia lakukan, dia tak ada buat dosa. Tapi bila orang kiri kanan dok buat assumption sendiri memburuk-burukkan orang, tu semua ahli neraka. Maka Nana menyeru kepada para blogger agar berpuasa daripada tuduh-menuduh dan gossiping ala-ala suri rumah bosan tahap bapak yang tak ada kerja setelah balik dari pasar beli sayur lalu bergayut di pagar jiran bercerita perihal satu kejiranan. Pembaziran air liur juga dapat dielakkan.
Tentang perempuan jual murah pulak, Nana pun tak tau sebenarnya macam mana perempuan-perempuan ni. Tapi, tak salah nak jadi friendly. Orang pun senang dengan kita. Cuma jangan sampai senang diheret ke sana ke mari sudahlah. Bukan takut orang kutuk, tapi sebab memang berdosa keluar dengan lelaki bukan mahram [jangan la siapa-siapa nak betulkan penggunaan 'mahram' dan muhrim' dalam ayat ini] berdua-duaan, tak ditemani sesiapa ni. Ops, lupa. Bertemankan syaitan.
Kalau orang kata kamu kolot sebab tak keluar dengan lelaki-lelaki bukan mahram ni dan menuduh kamu jual mahal, jangan risau. Kamu cuma takut dibakar api neraka saja, kan? Semoga kamu dilindungi Allah SWT :)
mood : letih
headphone : BEAST's On Rainy Days
p/s : Oh tidak, ini bukan pengalaman Nana. Saya berumur 23 tahun, hehe.

Teacher Nana
Sejak kebelakangan ni Nana sangat sibuk sampai nak buat apa pun tak sempat. Betul, tak tipu :(
Nak update blog, memang mimpi di siang hari lah.
Tapi nak bagitau jugak. Nana dah grad dari UIA 25 Julai yang lepas, amin :)
Dan Nana jugak dah dapat kerja, alhamdulillah.
Macam kakak kesayangan Nana, Nana jugak seorang guru Bahasa Inggeris ^^!
Nana mengajar di Insan Smart School, an international school kat Kedah. I'm teaching the international students, dan budak-budak Form 4 jugak ^^
mood : happy
headphone : BEAST's The Fact

Subscribe to:
Posts (Atom)