CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 26, 2011

Afsyakirin

Hari Jumaat lepas, Nana dan rakan-rakan kelas skill 'community service' berangkat ke Pusat Didikan Khas Gombak Setia. Untuk apa? Untuk 'serve the community', sebagai final assesment untuk kelas skill Nana ni.

** PDK KAMII Gombak Setia merupakan sebuah pusat pemulihan bagi kanak-kanak kurang upaya menjalankan program pemulihan berdasarkan masalah yang dihadapi, Terbuka kepada semua kaum dan agama yang melambangkan masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.

Sejujurnya, Nana sangat malas dan langsung tak bersemangat nak buat program ni. Sebab tengok tentative pun dah tak ada mood. Kena masak dari pukul 6 petang sampai 6 pagi, buat jualan amal. Nasi lemak dan 8 jenis kuih, pening Nana tengok. Nak buat meeting ibu bapa lagi. Nak jaga kanak-kanak hyper lagi. Bukan apa. Nana ni, budak yang normal pun tak pernah jaga. Nak jaga yang kurang normal, memang Nana tak ada keyakinan. Tapi nak tak nak, hari jumaat hari tu berangkat jugak.

Tipu la kalau kata tak penat kan. Angkat meja, angkat kawah, potong berguni-guni bawang, ubi, cili kering, lap daun pisang, panggang pulut dan macam-macam lagi. Selalunya buat program macam ni, standard la kalau tidur sejam dua jam je kan. Berniaga pulak tengah-tengah panas terik.

Tapi sebenarnya tak teruk macam yang Nana bayangkan pun. Orang-orang yang kerja kat PDK tu semua baik-baik. Nana pun happy :)

Pukul 10.30 pagi, buat pertandingan mewarna. Ni kali pertama Nana jumpa budak-budak kurang upaya ni. Ada beberapa orang yang lebih tua dari Nana, siap dengan misai semua, tapi panggil Nana kakak, siap salam cium tangan. They are mentally younger than their age. Ustazah kata tak apa mereka ni salam dengan kita, sebab tak mumaiyiz.

Salah seorang daripada mereka yang memang betul mesra dan yang paling lancar bercakap ialah Afsyakirin. Dia ni sangat la suka menyanyi. Masa Nana jual nasi lemak, dia nyanyi macam-macam lagu sambil teman Nana jaga gerai.

Masa Nana duduk sebelah dia dalam dewan tempat pertandingan mewarna tu diadakan, Afsyakirin ni tengok Nana sekejap. Lepas tu dia terus bangun dan melompat ke bilik sebelah. Afsyakirin ni ada kekurangan dari segi mental dan fizikal jugak, sebab kaki kanan dan tangan kanan dia tak berfungsi. Jadi dia bergerak dengan melompat menggunakan kaki kiri dia. Semua committee dah pesan, kalau nak apa cakap saja, nanti kami tolong ambilkan. Sebab kesian tengok dia melompat-lompat sebelah kaki macam tu.

Tiba-tiba Afsyakirin melompat ke dewan semula, tangan kiri dia pegang beberapa helai tisu. Dia duduk bersila sebelah Nana, kemudian gunakan tisu tu untuk lap peluh kat dahi Nana.

"Kesian kakak, peluh-peluh panas-panas ni,"

Sebak.

"Biar saya bukak kipas kuat-kuat untuk kakak." Afsyakirin kata lagi. Tapi Nana tahan dia.

"Tak apa, ni dah sejuk dah ni." kata Nana.

Lepas tu, programme manager kami ingatkan dia supaya bagitau je nanti nak ambik apa. Committee akan tolong ambilkan.

"Saya memang macam ni sejak dari kecik. Jangan la kakak-kakak semua kesian dengan saya." Afsyakirin balas, senyum.

Tapi Nana makin sebak.

"Terima kasih, sebab tolong ambik tisu ni." Nana kata.

"Sama-sama, Kak. Nanti Kakak nak apa-apa, bagitau la. Saya boleh tolong. Saya nak buat baik, nanti baru Allah bagi saya masuk syurga Dia."

Nasib baik Afsyakirin ambik banyak tisu. Sebab lepas tu dia tolong lap air mata Nana pulak.

"Kakak jangan sedih. Rugi je sedih-sedih ni. Biar saya nyanyi lagu 'Gadis Melayu' untuk kakak."

Memang la dia suka nyanyi.

24 jam kat sana, Nana belajar macam-macam. Nana nampak beza budak yang normal tapi sangat kurang ajar dengan budak kurang upaya tapi sangat baik hati. Sebab mereka tau mereka ada kekurangan, jadi sangat merendah diri.

Nana tau Allah SWT sayang budak-budak ni.

Kalau ada peluang, Nana nak pergi PDK tu lagi :)

Mood : Happy.
Headphone : SHINee's Stand By Me

Wednesday, February 23, 2011

"Jangan cakap depan Nana,"

Kamu semua tahu apa itu Hallyu Wave? Definisi paling senang, gelombang KPOP. Patutnya kamu semua tau lah KPOP tu apa memandangkan penyakit KPOP memang dah menular ke Malaysia dengan agak tenat.

Bukti?
Tu.. concert DIGI tu, bawak artis-artis dari CUBE ent [G.NA, 4Minute & BEAST] ke dalam negara.

Bukti lagi?
Berapa ramai peminat berasa-asak dan berpijak-pijak berebut nak jumpa JYJ masa mereka datang Malaysia hari tu.

Bukti lagi?
Banyak dah lagu Korea kat radio era tu.

Bukti lagi?
Dalam tempoh seminggu, tiket konsert Super Junior SS3 yang akan berlangsung bulan depan dah dua kali naik harga [ke tiga kali?]. Currently RM486 per seat.

Bukti lagi?
Kat Astro dah ada KBS dan SBS.

Bukti lagi?
Puluhan kedai KPOP online muncul di FB, blog dan sebagainya, menjual album-album original, poster, badge, light stick, banner, malah t-shirt/necklace/ring yang dipakai oleh artis korea pun ada jual. Sampai ke tahap, ada notebook size 10cmx15cm, kecik dan nipis tapi cover ada muka SHINee, harga RM30 pun orang beli. Nana pandai, Nana tak beli. Haha.

Bukti lagi? Malas dah nak list.

Terus-terang, Nana pun suka jugak KPOP ni. Bukan suka main-main. Serious punya suka. Laptop dan external hard disk Nana tu memang nak meletup dah akibat lambakan video-video KPOP ni.

Hari tu, masa Nana tengah baca novel yang bosan bertajuk 'Henderson The Rain King' [bukan nak baca sangat pun. Terpaksa, sebab nak kena present] kat HS, terdengar la beberapa course mate Nana yang sedang bercakap-cakap tentang KPOP ni. Antara ayat-ayat yang Nana ingat ialah :

"Dia tu dok buat comel-comel macam Girls' Generation."

"Sikit-sikit 'annyeong'!"

"Tu yang aku geli dengan peminat Korea ni."

"Muka jambu pun dorang kata hensem."

Begitulah lebih kurang. Nana bukan nak condemn pandangan mereka ni. Dah saya suka tengok orang muka jambu, tak ada bagi masalah pada kamu pun kan. Nana nak focus kepada ayat mereka yang terakhir sebenarnya.

"Shh.. jangan bagi Nana dengar. Dia minat Korea."

Oh, janganlah begitu. Nana bukan minat membuta-tuli.

Nana memang suka sungguh-sungguh KPOP ni. Tambah-tambah SHINee dengan FT Island tu, memang forever punya favourite. Tapi bila mai bab buat-buat comey ala-ala SNSD / Girls' Generation ni, memang Nana tak boleh tolerate la.

Kalau muka kamu semua memang cun macam tu [tak kira la surgery ka apa ka] tak pa la jugak. Ni mai dok kembung-kembung pipi kalah ikan buntal, jegil habih biji mata macam nak terberanak, mulut muncung punya tajam macam ikan todak, apa kes?

Silap besaq la kalau kamu ingat kamu comel buat macam tu.

Bapak annoying.

Tak tahan lagi, dok buat cakap Korea pulak. "Ah, andwaeee!!" dengan gaya comel dan cemas ala-ala bengong, tangan terkibas-kibas, kaki melompat-lompat konon kanak-kanak ribena. Kalau ada di antara kamu yang buat perangai macam ni, sila jangan datang jumpa Nana. Nanti melekat jugak lima jari kat muka kamu.

Moral of the story, buat apa pun sila berpada-pada. Jangan over.


[nak jugak letak gambar SHINee]


Mood : La la la ~
Headphone : - Make it Happen [Namie Amuro feat. After School]