Rasanya Hongki [Hongki adalah nama speaker pink comel kesayangan Nana] dah tersedak dan terbatuk-batuk akibat terkejut, terpana dan terkesima kerana secara tiba-tiba dalam masa beberapa tahun ini, telah melantunkan lagu BUKAN korea dan jepun secara berulang kali, entah bila nak berhenti Nana pun tak tahu.
Reaksi room mate Nana?
*terkebil-kebil* Nana, betul ke ape yang kite dengar ni? Mane lagu SHINee?
Lagu SHINee ada, tapi sekarang dalam mood nak dengar lagu Encik Maher Zain.
Oh, tahniah kepada En. Maher Zain kerana menjadi penyanyi Muslim pertama yang bilangan peminat di FBnya mencecah tujuh angka. He deserves it :) Dia sangat fresh dan berbeza. Suka. ^^ Nana approve! [suka hati tiba2 nak approve Encik Maher Zain XD]
Terima kasih kepada Kak Nani yang telah meng'introduce' Encik Maher Zain kepada Nana ^^!
Mood : - Headphone : - Barakallahu Lakuma by Maher Zain