CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 31, 2010

Strike Through

Beberapa hari lagi, usia Nana akan mencecah angka 22.

Jadi Nana dah mula menulis wish list sempena ulang tahun kelahiran sendiri ><. Bila diperhatikan, nampaknya wish list Nana.. semuanya perlu kerja sendiri. Orang tak boleh bagi~


Image Hosted by ImageShack.us

Tidak susah untuk menghasilkan grafik ini. Potong gambar Lee Minho. Tampal sana, tampal sini, dah siap XD! Kata-kata pula di samun dari lagu UKISS XD.




Jadi, wish 03 dah boleh di 'strike through'. XD

Mood : Happy
Headphone : -

Thursday, May 27, 2010

Emo : Ingat comeyl kew?

Image Hosted by ImageShack.us

phone by matokisses
Tiada kaitan dengan entri pada kali ini.
Saja letak. Suka :)



Antara perkara-perkara yang Nana langsung tak tahan ialah SEPC!
SEPC ialah Sistem Ejaan Perasan Comel.
Contoh-contoh perkatan yang dilingkupkan dalam SEPC ini ialah :

Dah makan kew? ['Dah makan ke?'. Ok la, sebenarnya 'kah'. tapi formal sangat]
Ingat comel la tu.

Sampai hati tana share dengan I. [Sampai hati tak nak share dengan I]
Tana itu nama kucing Nana.

Tape la. [Tak ape la]
..

Ala, lupew pulak! [Ala, lupe pulak].
Entah dari mana datang ejaan pelik semacam ni.

Sorry eh, sakit pewot tadi. [Sorry eh, sakit perut tadi]
Ni yang paling muntah sekali. Pewot, wth?

Sebenarnya ada banyak lagi. Nana rasa para bloggers pun boleh bagi pelbagai contoh lagi. Tapi akibat rasa nak muntah, tak payah la Nana bagi contoh banyak-banyak kat sini.

Baru-baru ni, Nana mendapat satu panggilan daripada nombor yang tak dikenali. Nana tak sempat nak jawab panggilan tersebut, lalu Nana pun hantar la satu SMS kepada tuan nombor berkenaan. Berikut adalah perbualan kami berdua melalui SMS.

"siapa ni?"

"nie ekin"

"ekin mane?"

"ala, buwat2 ta kenal pulak. ekin 6bq"

Serius, Nana tak kenal sesiapa dengan nama Ekin, dan Nana langsung tak tahu apakah '6bq' itu. Fikir punya fikir, terlambat reply pulak. Lalu dia pun hantar SMS lagi sekali.

"tape la kalau buwat2 ta kenal. sy ekin 6bq, bye. smekom."

Lalu muka Nana berubah menjadi O.o
Ni emo tak tentu pasal ni kenapa?
Dah la Nana memang tak suka dengan orang yang menggunakan SEPC ni.
Buat emo tak tentu hala pulak.

Lalu Nana pun reply balik.

"I don't have your number in my contact list. Tak perlu emo untuk benda2 kecik macam ni. W'salam"

Dalam sekelip mata, muncullah reply daripada si dia.

"tape, sombowng"

Nana dah malas nak layan lagi.
Pening.

Jika ada para bloggers yang juga mengeja seperti ini, harap maaf.
Nana tak bermaksud nak menyinggung sesiapa ><

Saturday, May 15, 2010

Bahasa Arab

Kesemua pelajar UIA wajib mengambil subjek 'Bahasa Arab', tak kira la course apa pun yang kita pilih. Pelbagai bantahan di sana sini, terutamanya dari pelajar-pelajar BENL [bachelor of english linguistics and literature]. Ada ustaz yang menggelar kami 'bani shakespeare'. Ingat lawak la tu..

Nana bukan nak bercakap tentang bani shakespeare, tapi tentang kepentingan belajar Bahasa Arab. Tanpa segan silu dimaklumkan, Nana adalah antara pelajar BENL yang sangat tak puas hati dengan peraturan ini satu ketika dahulu.

"major english, buat apa belajar bahasa arab sampai level 6? budak course lain sampai level 4 je. budak engine lagi la, smpai level 2 je kot?!"

Contoh fikiran keanak-anakkan Nana dulu.

Nak dijadikan cerita, Nana memang lemah dalam Bahasa Arab. Jangan kata A, nak dapat B pun merangkak-rangkak. Kalau lumba dengan kura-kura pun mesti dia yang menang.

Seminggu belajar Bahasa Arab, Nana telefon Mak. Menangis-nangis. Sebab tak reti. Sebab lemah. Sebab susah. Dan Nana bagi sepuluh alasan kenapa Nana TAK PERLU belajar Bahasa Arab kepada Mak. [Ya, Mak sangat penyabar kerana tidak menengking anaknya yang menangis kerana perkara yang langsung tak perlukan air mata, malah mencipta alasan-alasan bodoh untuk tidak belajar Bahasa Arab].

Mak kata, Bahasa Arab ni bahasa Al-Quran. Sebut satu huruf pun Allah SWT dah bagi pahala. Dah seminggu belajar, dah beratus-ratus pahala Nana dapat. Allah turunkan Al-Quran dalam Bahasa Arab. Pahala berlipat ganda untuk orang yang membaca Al-Quran dan faham isi kandungannya. Jadi jangan kata 'tak suka' kepada bahasa ni.

Nana sangat sedih bila terkenangkan yang Nana pernah anggap Bahasa Arab sebagai beban.

Sejak hari tu, Nana dah tak komplen lagi. Belajar saja. Satu level demi satu level. Sekarang Nana dah berada di level 5. Ada satu saja lagi :)

Semuanya memang tak mustahil kalau kita berusaha.

Jadi Nana sangat tak suka bila ada kenalan-kenalan Nana yang menyuarakan dengan megahnya betapa bencinya mereka dengan Bahasa Arab. Ayat itu bunyinya sangat jahat .___.